Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Bertemu kita sekali lagi dalam entri kali ini. Hari ini, saya mahu berkongsi cerita tentang satu laman web online yang diberi nama sebagai 'KEDAI BLINK'. Di kedai online ini, para peminat fanatik penulis terkenal, AIN MAISARAH dapat membeli belah dengan seronok! Wah, wah, wah!
Selain itu, para pembaca juga dapat membeli koleksi novel nukilan Ain Maisarah pada harga yang berpatutan. Terdapat beberapa PROMOSI khas yang diadakan di laman web Kedai Blink ini. Antara pakej berbentuk promosi yang disediakan adalah seperti :-
1. Pakej GWIYOMI ( RM 90 )
Di dalam Pakej Gwiyomi ini, terdapat 27 buah novel comel yang sememangnya sangat comel dan buku nota BLINK. Setiap pembelian Pakej Gwiyomi pasti akan mendapat satu kotak ekslusif BLINK. Seronok bukan?
2. Pakej HERO ( RM 30 )
Di dalam Pakej Hero ini, terdapat satu poster gambar Ezanil Fitri, seorang penulis novel BLINK dan juga dua buah buku karya beliau yang bertajuk 'Hero vs Pengemis Gedik' dan 'Hero vs KL Gangster'. Semua ini telah ditandatangani oleh beliau. Seronok!
3. Pakej Impiana 1 ( RM 100 )
Pakej ini merupakan pakej terbaru. Di dalam Pakej Impian 1 ini, terdapat empat buah novel IMPIANA yang sangat seronok dibaca! Selain itu, juga diselitkan 3 button badge yang sangat menarik dan kotak ekslusif limited edition Ain Maisarah serta buku nota BLINK! Wah, bestnya!
4. Pakej Impian 2 ( RM 85 )
Pakej ini mengandungi empat buah novel IMPIANA dan juga satu kotak eksklusif BLINK.
5. Pakej Novel Comel ( RM 50 )
Dalam Pakej Novel Comel ini, terdapat 18 buah novel comel karya Ain Maisarah.
6. Pakej Merchandise ( RM 50 )
Tadaaa! Untuk peminat fanatik ataupun BLINKERS, anda boleh mendapatkan Pakej Merchandise yang mengandungi dua keping poster Ain Maisarah dan Ezanil Fitri, 4 button badges, satu buku nota BLINK, sebuah kotak eksklusif BLINK, empat penanda buku BLINK! Seronok!
Terdapat banyak lagi pakej-pakej menarik yang sangat menyeronokkan! Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke laman web rasmi 'KEDAI BLINK'. Selamat membaca!
Monday, 16 December 2013
Thursday, 26 September 2013
:: Aku Yang Sesat Kini Bertaubat ::
Lirik lagu asal : Tegar - Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang
Lirik lagu versi Islamik : Nursyafiqah Roslan - Aku Yang Sesat Kini Bertaubat
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu ku sesat sekarang ku bertaubat,
Dulu dulu dulu tak ingat akhirat,
Sekarang taubat sebelum terlambat.
Cita-citaku menjadi ahli Syurga,
Bertemu Allah SWT dan juga Rasulullah,
Aamiin aamiin aamiin ya rabbal al'aamiin,
Ya Allah ampunilah dosaku.
Hidupku dulunya dalam kegelapan,
Tak tahu mana salah dan mana benar,
Tetapi Allah SWT kirim seorang insan,
Kembalikan ku ke jalan yang benar.
Diriku di ajar tuk' mengenal ISLAM,
Mengaji, solat dan tunaikan ibadat,
Berpuasa sepanjang bulan ramadhan,
Hindari hasutan syaitan.
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Alhamdulillah terima kasih Allah SWT,
Kini ku mengerti erti kehidupan,
La Tahzan, Allah Maha Berkuasa.
Monday, 1 July 2013
:: Birthday Party Behind The Sea ::
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Waaahhh. Sudah hampir dua bulan tidak ada sebarang entri di blog ini. Sudah seperti 'abandoned blog' . Baiklah, pada 23 Jun 2013 bersamaan Ahad yang lalu, saya telah menyambut ulang tahun ke-16 saya bertempat di Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu :)
Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah cari ikan dalam laut, bina rumah menggunakan pasir halus, musical chair dan berenang dari satu pulau ke satu pulau. Baiklah, saya bergurau sahaja! Hahahahaha xD
Berikut merupakan gambar yang sempat di snap sepanjang Majlis tersebut :) Tak banyak, sedikit sahaja. Tampaknya, itu sahaja yang dapat saya kongsikan untuk entri kali ini. Semoga berjumpa lagi pada entri yang seterusnya! Dan, selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, puasa jangan tak puasa :) Sekian, wassalam ...

Thursday, 25 April 2013
:: Istimewanya Sebuah Persahabatan ::
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Wah, hari ini merupakan hari ulang tahun ke-16 sahabat dunia dan akhirat saya iaitu Khasdie Bin Jamin. Manakala, kelmarin pula merupakan hari ulang tahun ke-16 sahabat dunia dan akhirat saya iaitu Ag Ku Muhammad Izyan a.k.a. Adik Zayn :D
Selamat ulang tahun diucapkan kepada kedua-dua ' birthday's boy '. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat di samping keluarga yang tersayang. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan berjaya juga di Akhirat kelak. Semoga ukhuwah persahabatan yang terjalin di antara kita akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.

HAPPY BIRTHDAY ! May Allah SWT bless both of you always :)
Ag Ku Muhammad Izyan
Sebelum saya mengakhiri entri pada hari ini, terimalah sebuah video yang dibuat khas untuk Adik Zayn sempena menyambut hari ulang tahunnya yang ke-16. Walaupun pada mulanya, terdapat sedikit cabaran untuk menyiapkan video ini, namun Alhamdulillah, akhirnya video ini berjaya juga disiapkan. Terima kasih, Ya Allah, terima kasih semua :)
" Sesungguhnya, ukhuwah yang terjalin dalam persahabatan ini adalah begitu bermakna dan berharga sekali. Tidak ada bandingannya jika diukur dengan harta dan wang semata-mata. Kerana, keikhlasan yang lahir dari lubuk hati kita adalah yang paling beerti daripada segala-galanya. Maka, hargailah persahabatan yang telah terjalin ini. Biar jauh di mata, asalkan di HATI tidak pernah lupa. "
Saturday, 13 April 2013
:: Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2013 ::
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh diucapkan kepada para pembaca sekalian. Bertemu kita sekali lagi dalam entri yang bertajuk seperti yang tertera di atas. Hahaha. Baiklah, hari ini bersamaan dengan 13 April 2013, pasukan pembahas sekolah kami iaitu :
AZWA SAFIQAH ( Perdana Menteri / Ketua Pembangkang )
NURSYAFIQAH ( Menteri Kedua / Pembangkang Kedua )
DAYANA ( Menteri Ketiga / Pembangkang Ketiga )
NUR NABILAH ( Menteri Keempat )
IZZAH AMIRAH ( Menteri Kelima )
Telah mewakili sekolah kami iaitu SM Stella Maris dalam pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat daerah yang bertempat di SM ST. Peter, Telipok. Kami tiba di sekolah seawal jam 6.20 pagi dan bertolak dari sekolah pada jam 6.50 pagi. Setibanya di sana, kami terus didaftarkan dan diberikan cabutan dan alhamdulillah, kami mendapat jawatan sebagai Kerajaan.
Kami bertemu dengan pihak lawan dari Maktab Sabah pada pusingan pertama dan telah menang. Berikut merupakan gambar pihak pembahas kami yang diambil bersama-sama Tuan Yang Dipertua, guru Bahasa Melayu dari SMK Tombobon dan anak kepada Cikgu kami iaitu Cikgu Masranah.
Sementara itu, kami bertemu pula dengan pihak lawan dari SM All Saints pada pusingan kedua dan telah tewas. Arrgghh. HAHAHA. Namun demikian, kami tetap berpuas hati dengan segala usaha yang telah kami hasilkan. In Shaa Allah, tahun hadapan pasukan pembahas ini akan terus mara ke hadapan lagi dengan gagahnya! Yeahh! Sekian, assalamualaikum :)

Sunday, 7 April 2013
:: Bahas Ala Parlimen Peringkat Sekolah ::
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
Bertemu semula kita di dalam segmen entri pada hari ini bersamaan dengan 07 April 2013. Bahas! Bahas! Bahas! Oh, tidak! Sabtu depan saya dan empat lagi kawan saya akan bertanding di dalam dewan persidangan untuk Perbahasan Ala Parlimen 2013. Wah, wah, wah! Belum ada pengalaman lagi tetapi semangat perlu dipupuk di dalam diri. Ceh, wah!
Baiklah, berikut merupakan posisi kami bagi perbahasan nanti ,
Jeng! Jeng! Jeng!
Kami telah pun dimaklumkan siapakah 'Pasukan Lawan' kami pada hari pertandingan nanti. Dup Dap Dup Dap! Nasib baik sekolah tut..... biarlah RAHSIA. Baiklah, sekian sahaja entri saya pada kali ini. Penat karang skrip. Hahahaa. Sekian, wassalam :)

Yang Berhormat Perdana Menteri :
AZWA SAFIQAH
Menteri Kedua :
NURSYAFIQAH ( saya )
Menteri Ketiga :
DAYANA
Menteri Keempat :
NUR NABILAH
Menteri Kelima :
IZZAH AMIRAH
Kami telah pun dimaklumkan siapakah 'Pasukan Lawan' kami pada hari pertandingan nanti. Dup Dap Dup Dap! Nasib baik sekolah tut..... biarlah RAHSIA. Baiklah, sekian sahaja entri saya pada kali ini. Penat karang skrip. Hahahaa. Sekian, wassalam :)
Saturday, 16 February 2013
:: Quotes for CRUSH ::
Crush,
Crush,
Sometimes, I want you to be involved in every single thing I do,
If I laugh, I want you to smile,
And If I get hurt, I want you to be concerned.
Because,
I love you more than anything else,
Even I know that I mean nothing to you,
Before I end this quotes,
I just want to tell you that,
" I HAVE A CRUSH ON YOU! "
I’ll always care
of you,
Even we are not together,
And even we are far,
Far away from each other.
Even we are not together,
And even we are far,
Far away from each other.
Crush,
You’re standing next to me,
The person who’s means the world to me,
Without I know that,
I mean nothing to you.
You’re standing next to me,
The person who’s means the world to me,
Without I know that,
I mean nothing to you.
Crush,
It’s amazing when you were once a stranger,
Can means the world to me,
And now you’re no longer a stranger,
But you’re the person that I love forever.

How can I confess it to you,
And faced with your rejection,
How can I continue my life without you,
To make me happy and smile all over the time.

It’s sad when you have someone else,
Who is better than me,
Person that can make you happy all the day,
and more comfortable for you.

Everytime you look at me,
I look away,
Everytime you look away,
I look at you.
Everytime you look at me,
I look away,
Everytime you look away,
I look at you.
Sometimes, I want you to be involved in every single thing I do,
If I laugh, I want you to smile,
And If I get hurt, I want you to be concerned.
Because,
I love you more than anything else,
Even I know that I mean nothing to you,
Before I end this quotes,
I just want to tell you that,
" I HAVE A CRUSH ON YOU! "
Tuesday, 15 January 2013
:: Minggu Kedua Persekolahan 2013 ::
Assalamualaikum warahmatullahi wabakatuh :) Wahai pembaca-pembaca sekalian. Bertemu kita sekali lagi dalam entri kedua pada tahun 2013 ini. Hari ini, saya akan berkongsi sedikit cerita berkenaan minggu kedua persekolahan pada tahun baru ini.
Sekarang, permohonan rakan saya yang dari kelas 4T ( Science Stream ) itu telah berjaya diterima dan sekarang dia berada sekelas dengan saya iaitu kelas 4E ( Account Stream ). Dan, dia duduk bersebelahan dengan saya . Yeayy!
Hari Jumaat yang lalu, merupakan hari terakhir Yasmine Amalina Yaakob berada di SM Stella Maris. Dia kini sedang menyambung pelajarannya di Maktab Sabah. Maksudnya, dia telah berpindah sekolah lah. Wah, seronoknya dia! Kalau lah saya dan Nurul Sariha pun dapat berpindah juga kan seronok? Hehehe.
Tadi masa balik dari sekolah, saya dan Nurul Sariha ternampak pondok lama kami. Tahun lalu, kami selalu duduk di pondok itu bersama Yasmine Amalina. Banyak kenangan kami di sana. Wahhh, mengapalah masa tidak boleh diulang semula? Seumur hidup saya, tahun 2012 adalah merupakan tahun yang paling AWESOME.
Hari Sabtu yang lalu merupakan perjumpaan Ko-Kurikulum kali yang pertama. Saya telah berjaya mendaftarkan diri di Kelab Sukan Bowling. Pada mulanya, saya dan Nurul Sariha ingin masuk ke kelab Science dan Mathematics. Tetapi, disebabkan bilangan ahli sudah pun penuh, maka kami telah dihalau keluar. Hahaha, sungguh mendukacitakan! Tetapi, ada hikmah di sebalik semua itu. Kami pun kemudiannya membawa diri ke Kelab RekaCipta dan Inovasi. Tidak sampai 10 minit kami berada di dalam kelab itu, saya telah dilantik menjadi Bendahari kelab manakala Nurul Sariha pula dilantik menjadi Naib Pengerusi kelab. Rezeki :) Selain itu, saya juga telah dilantik menjadi AJK Tingkatan 4 untuk Persatuan Puteri Islam Malaysia.
Hari ini, kami ketawa-ketawa masa kelas Akaun. Entah mengapa, semua orang sibuk ketawa. Tetapi, ok jugalah sebab tidak mengantuk di dalam kelas. Wah, tahun ini mesti semangat sudah ini. Biarpun kenangan tahun lalu sukar untuk dilupakan, tetapi tahun baru perlu dimulakan dengan sekali ucap Bismillahirahmanirahim dan semoga tahun 2013 dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran.
Baiklah, sekian sahaja coretan mengarut saya pada hari ini. Selamat kembali ke sekolah. Biarpun sudah dua minggu sesi persekolahan bermula. Hehehe. Assalamualaikum, syukran jazilan :)

Thursday, 3 January 2013
:: First , Second and Third day since school re-open ::
Assalamualaikum. Taaadaaa ... selamat bertemu kembali. Hari ini, saya akan menceritakan detik-detik dan saat-saat sepanjang hari pertama, kedua dan ketiga persekolahan bagi sesi 2013. Hari ini, seramai 47 orang pelajar telah didaftarkan di kelas 4E, SM Stella Maris dalam aliran Perakauanan dan Ekonomi Asas.
Pada hari pertama persekolahan, saya telah berjaya meminta rakan saya yang datang dari kelas 4T untuk 'booking' tempat duduk paling hadapan. Dan, alhamdulillah, dia telah berjaya 'booking' empat buah meja di bahagian paling hadapan sekali, bawah kipas dan berdepan dengan meja guru. Jeng Jeng Jeng!
Pada hari pertama, saya duduk bersendirian kerana rakan saya yang sepatutnya duduk di sebelah saya masih lagi berada di kelas Sains iaitu 4T. Dia masih menunggu keputusan untuk berpindah kelas ke kelas saya iaitu 4E.
Pada hari kedua pula, saya tetap duduk bersendirian untuk mempertahankan tempat duduk rakan saya itu. Namun demikian, muncul seorang pelajar baru yang datang pada pukul 11.30 tengah hari. Oleh sebab kelas kami sudah tidak mempunyai meja yang kosong, jadi pelajar baru itu pun mengambil tempat di sebelah saya.
Baiklah, mari saya perkenalkan siapa rakan baru yang duduk di sebelah saya itu. Nama dia ialah Willyweiner Goh. Berasal dari Kudat, Sabah.
Hmmm, sekarang ini saya tidak tahu sama ada permohonan rakan saya yang dari kelas 4T itu akan diterima ataupun tidak kerana keadaan kelas kami yang sudah OVERLOAD. Terlalu penuh sehingga cikgu pun berpeluh-peluh.
Baiklah, demikian sahaja coretan saya pada entri kali ini. Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua pembaca di luar sana. Semoga tahun ini menjadi lebih hebat dari tahun yang sebelumnya .... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Subscribe to:
Posts (Atom)