Assalamualaikum. Taaadaaa ... selamat bertemu kembali. Hari ini, saya akan menceritakan detik-detik dan saat-saat sepanjang hari pertama, kedua dan ketiga persekolahan bagi sesi 2013. Hari ini, seramai 47 orang pelajar telah didaftarkan di kelas 4E, SM Stella Maris dalam aliran Perakauanan dan Ekonomi Asas.
Pada hari pertama persekolahan, saya telah berjaya meminta rakan saya yang datang dari kelas 4T untuk 'booking' tempat duduk paling hadapan. Dan, alhamdulillah, dia telah berjaya 'booking' empat buah meja di bahagian paling hadapan sekali, bawah kipas dan berdepan dengan meja guru. Jeng Jeng Jeng!
Pada hari pertama, saya duduk bersendirian kerana rakan saya yang sepatutnya duduk di sebelah saya masih lagi berada di kelas Sains iaitu 4T. Dia masih menunggu keputusan untuk berpindah kelas ke kelas saya iaitu 4E.
Pada hari kedua pula, saya tetap duduk bersendirian untuk mempertahankan tempat duduk rakan saya itu. Namun demikian, muncul seorang pelajar baru yang datang pada pukul 11.30 tengah hari. Oleh sebab kelas kami sudah tidak mempunyai meja yang kosong, jadi pelajar baru itu pun mengambil tempat di sebelah saya.
Baiklah, mari saya perkenalkan siapa rakan baru yang duduk di sebelah saya itu. Nama dia ialah Willyweiner Goh. Berasal dari Kudat, Sabah.
Hmmm, sekarang ini saya tidak tahu sama ada permohonan rakan saya yang dari kelas 4T itu akan diterima ataupun tidak kerana keadaan kelas kami yang sudah OVERLOAD. Terlalu penuh sehingga cikgu pun berpeluh-peluh.
Baiklah, demikian sahaja coretan saya pada entri kali ini. Selamat Tahun Baru 2013 diucapkan kepada semua pembaca di luar sana. Semoga tahun ini menjadi lebih hebat dari tahun yang sebelumnya .... Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)
No comments:
Post a Comment