Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)
Bertemu kita sekali lagi dalam entri kali ini. Hari ini, saya mahu berkongsi cerita tentang satu laman web online yang diberi nama sebagai 'KEDAI BLINK'. Di kedai online ini, para peminat fanatik penulis terkenal, AIN MAISARAH dapat membeli belah dengan seronok! Wah, wah, wah!
Selain itu, para pembaca juga dapat membeli koleksi novel nukilan Ain Maisarah pada harga yang berpatutan. Terdapat beberapa PROMOSI khas yang diadakan di laman web Kedai Blink ini. Antara pakej berbentuk promosi yang disediakan adalah seperti :-
1. Pakej GWIYOMI ( RM 90 )
Di dalam Pakej Gwiyomi ini, terdapat 27 buah novel comel yang sememangnya sangat comel dan buku nota BLINK. Setiap pembelian Pakej Gwiyomi pasti akan mendapat satu kotak ekslusif BLINK. Seronok bukan?
2. Pakej HERO ( RM 30 )
Di dalam Pakej Hero ini, terdapat satu poster gambar Ezanil Fitri, seorang penulis novel BLINK dan juga dua buah buku karya beliau yang bertajuk 'Hero vs Pengemis Gedik' dan 'Hero vs KL Gangster'. Semua ini telah ditandatangani oleh beliau. Seronok!
3. Pakej Impiana 1 ( RM 100 )
Pakej ini merupakan pakej terbaru. Di dalam Pakej Impian 1 ini, terdapat empat buah novel IMPIANA yang sangat seronok dibaca! Selain itu, juga diselitkan 3 button badge yang sangat menarik dan kotak ekslusif limited edition Ain Maisarah serta buku nota BLINK! Wah, bestnya!
4. Pakej Impian 2 ( RM 85 )
Pakej ini mengandungi empat buah novel IMPIANA dan juga satu kotak eksklusif BLINK.
5. Pakej Novel Comel ( RM 50 )
Dalam Pakej Novel Comel ini, terdapat 18 buah novel comel karya Ain Maisarah.
6. Pakej Merchandise ( RM 50 )
Tadaaa! Untuk peminat fanatik ataupun BLINKERS, anda boleh mendapatkan Pakej Merchandise yang mengandungi dua keping poster Ain Maisarah dan Ezanil Fitri, 4 button badges, satu buku nota BLINK, sebuah kotak eksklusif BLINK, empat penanda buku BLINK! Seronok!
Terdapat banyak lagi pakej-pakej menarik yang sangat menyeronokkan! Untuk keterangan lebih lanjut, bolehlah berkunjung ke laman web rasmi 'KEDAI BLINK'. Selamat membaca!
No comments:
Post a Comment