Assalamualaikum warahmatullahi wabakatuh :) Wahai pembaca-pembaca sekalian. Bertemu kita sekali lagi dalam entri kedua pada tahun 2013 ini. Hari ini, saya akan berkongsi sedikit cerita berkenaan minggu kedua persekolahan pada tahun baru ini.
Sekarang, permohonan rakan saya yang dari kelas 4T ( Science Stream ) itu telah berjaya diterima dan sekarang dia berada sekelas dengan saya iaitu kelas 4E ( Account Stream ). Dan, dia duduk bersebelahan dengan saya . Yeayy!
Hari Jumaat yang lalu, merupakan hari terakhir Yasmine Amalina Yaakob berada di SM Stella Maris. Dia kini sedang menyambung pelajarannya di Maktab Sabah. Maksudnya, dia telah berpindah sekolah lah. Wah, seronoknya dia! Kalau lah saya dan Nurul Sariha pun dapat berpindah juga kan seronok? Hehehe.
Tadi masa balik dari sekolah, saya dan Nurul Sariha ternampak pondok lama kami. Tahun lalu, kami selalu duduk di pondok itu bersama Yasmine Amalina. Banyak kenangan kami di sana. Wahhh, mengapalah masa tidak boleh diulang semula? Seumur hidup saya, tahun 2012 adalah merupakan tahun yang paling AWESOME.
Hari Sabtu yang lalu merupakan perjumpaan Ko-Kurikulum kali yang pertama. Saya telah berjaya mendaftarkan diri di Kelab Sukan Bowling. Pada mulanya, saya dan Nurul Sariha ingin masuk ke kelab Science dan Mathematics. Tetapi, disebabkan bilangan ahli sudah pun penuh, maka kami telah dihalau keluar. Hahaha, sungguh mendukacitakan! Tetapi, ada hikmah di sebalik semua itu. Kami pun kemudiannya membawa diri ke Kelab RekaCipta dan Inovasi. Tidak sampai 10 minit kami berada di dalam kelab itu, saya telah dilantik menjadi Bendahari kelab manakala Nurul Sariha pula dilantik menjadi Naib Pengerusi kelab. Rezeki :) Selain itu, saya juga telah dilantik menjadi AJK Tingkatan 4 untuk Persatuan Puteri Islam Malaysia.
Hari ini, kami ketawa-ketawa masa kelas Akaun. Entah mengapa, semua orang sibuk ketawa. Tetapi, ok jugalah sebab tidak mengantuk di dalam kelas. Wah, tahun ini mesti semangat sudah ini. Biarpun kenangan tahun lalu sukar untuk dilupakan, tetapi tahun baru perlu dimulakan dengan sekali ucap Bismillahirahmanirahim dan semoga tahun 2013 dapat ditempuhi dengan penuh kesabaran.
Baiklah, sekian sahaja coretan mengarut saya pada hari ini. Selamat kembali ke sekolah. Biarpun sudah dua minggu sesi persekolahan bermula. Hehehe. Assalamualaikum, syukran jazilan :)
No comments:
Post a Comment