Tuesday 29 April 2014

:: Pertandingan Pesta Pantun 2014 ::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat wal'afiat dan mendapat keredhaan Allah SWT. Baiklah, pada hari ini saya akan berkongsi pengalaman suka dan duka kami sewaktu mewakili sekolah untuk Pertandingan Pesta Pantun 2014. Pertandingan ini telah diadakan bertempat di SMK Agama Kota Kinabalu pada 15 sehingga 16 April 2014. Pelbagai kenangan telah berjaya kami coretkan dan sematkan dalam ingatan.

Untuk pengetahuan semua, sebanyak lima orang pemantun dari SM Stella Maris telah dihantar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Berikut merupakan kedudukan pemantun :

PEMANTUN  PERTAMA   :  Nursyafiqah  Binti  Roslan  (Saya)
PEMANTUN  KEDUA        :  Debbie  Mellonie
PEMANTUN  KETIGA       :  Dayang  Asilah
PEMANTUN  KEEMPAT   :  Andrica  Jipis
PEMANTUN  KELIMA      :  Nurul  Atika  Azieha


Setelah hampir tujuh tahun SM Stella Maris tidak menghantar wakil untuk Pertandingan Pesta Pantun, pada tahun 2014 ini, sekolah telah menghantar sebanyak lima orang wakil untuk mengharumkan nama sekolah. Pada pusingan pertama, pasukan SM Stella Maris telah bertemu dengan pasukan lawan dari SMK Sanzac yang merupakan naib johon sebanyak dua tahun berturut-turut. Pasukan pemantun dari SM Stella Maris telah berusaha dengan gigih dan penuh bersemangat sekali. Kendatipun begitu, pihak sekolah telah tewas di tangan pemantun dari SMK Sanzac. Tidak ada apa yang perlu dikecewakan kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya :)

PUSINGAN  AWAL  :

SM  STELLA  MARIS  vs  SMK  SANZAC

Pemenang  :  SMK  SANZAC
Pemantun  Terbaik  :  Nursyafiqah  Binti  Roslan  dari  SM Stella Maris

Semoga pasukan pemantun dari SM Stella Maris akan terus melangkah ke hadapan dan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan dan masa-masa yang akan datang. Semoga SM Stella Maris muncul sebagai sekolah yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik bahkan dari segi ko-kurikulum juga.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada dua orang guru pengiring dari SM Stella Maris yang telah banyak meluangkan masa untuk mendidik dan memberikan tunjuk ajar serta dorongan dan semangat kepada kami sepanjang kami mewakili sekolah untuk pertandingan pesta pantun tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada guru Bahasa Melayu kami iaitu Puan Masranah dan Cik Nurul Aini.  Semoga Allah SWT memberkati kalian berdua. :)

Pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah berjaya kami semua timba sepanjang keberadaan kami di SMK Agama Kota Kinabalu. Kami mendapat banyak rakan baru yang sangat baik hati. Selain itu, kami juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke seluruh kawasan sekolah tersebut. Sesungguhnya, pengalaman selama dua hari di SMK Agama Kota Kinabalu akan kekal tersemat di dalam sanubari dan ingatan kami. :)






TAHNIAH !!
Pasukan Pemantun SM Stella Maris.

:: Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2014 ::

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh :)

Wah, wah, wah! Sudah agak lama blog ini tidak di-update. Kasihan sungguh! Baiklah, disebabkan tahun ini sangat sudah memegang jawatan sebagai seorang 'CALON SPM 2014', maka secara rasminya, jadual harian saya menjadi sangat sibuk dan padat. Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan untuk menulis sesuatu di ruangan blog ini.

Baiklah, pada 10 sehingga 11 Mac 2014 yang lalu, saya telah mewakili sekolah SM Stella Maris bersama empat lagi rakan saya dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2014. Sebanyak lebih kurang 16 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Untuk pengetahuan semua, pertandingan ini diadakan bertempat di SM La Salle, Kota Kinabalu Sabah.

Berikut merupakan susunan Pembahas-pembahas dari sekolah SM Stella Maris :

PERDANA MENTERI    :  Azwa Safiqah Binti Darawati
MENTERI KEDUA         :  Nursyafiqah Binti Roslan (Saya)
MENTERI KETIGA        :  Dayana  Binti  Mohd  Jad
MENTERI KEEMPAT    : Nur  Alizawati  Binti  Ali
MENTERI KELIMA       :  Nor  Fadhilah  Fathin  Binti  Mohd  Atan

Keputusan :

PUSINGAN AWAL 

SM  STELLA  MARIS  vs  MAKTAB  SABAH

Pemenang  : SM STELLA MARIS
Pembahas Terbaik : Azwa Safiqah Binti Darawati

PUSINGAN SUKU AKHIR 

SM  STELLA  MARIS  vs  SMK  TOBOBON

Pemenang  :  SM  STELLA  MARIS
Pembahas Terbaik : Nursyafiqah Binti Roslan

PUSINGAN  SEPARUH  AKHIR  

SM  STELLA  MARIS  vs  SMKA  TUN  AHMADSHAH

Pemenang  :  SMKA  TUN  AHMADSHAH

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada dua orang guru pengiring dari SM Stella Maris yang telah banyak meluangkan masa untuk mendidik dan memberikan tunjuk ajar serta dorongan dan semangat kepada kami sepanjang kami mewakili sekolah untuk pertandingan pesta pantun tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada guru Bahasa Melayu kami iaitu Puan Masranah dan Puan Tay Hoi Chin. :)

Alhamdulillah, pada tahun ini, pasukan pembahas dari SM Stella Maris telah berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sekaligus mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Semoga tahun hadapan sekolah kami akan lebih maju dan bertambah cemerlang lagi. :)





TAHNIAH !!!
Pasukan Pembahas SM Stella Maris.





Monday 16 December 2013

:: Kedai BLINK Sangat Menyeronokkan! ::

Assalamualaikum   Warahmatullahi  Wabarakatuh  :)

 Bertemu  kita  sekali  lagi  dalam  entri  kali  ini.  Hari  ini,  saya  mahu  berkongsi  cerita  tentang  satu  laman  web  online  yang  diberi  nama  sebagai  'KEDAI  BLINK'.  Di  kedai  online  ini,  para  peminat  fanatik  penulis  terkenal,  AIN  MAISARAH  dapat  membeli  belah  dengan  seronok! Wah, wah, wah!

 Selain  itu,  para  pembaca  juga  dapat  membeli  koleksi  novel  nukilan  Ain  Maisarah  pada  harga  yang  berpatutan.  Terdapat  beberapa  PROMOSI  khas  yang  diadakan  di  laman  web  Kedai  Blink  ini.  Antara  pakej  berbentuk  promosi  yang  disediakan  adalah  seperti  :-

1.  Pakej  GWIYOMI ( RM 90 )

 Di  dalam  Pakej  Gwiyomi  ini,  terdapat  27  buah  novel  comel  yang  sememangnya  sangat  comel  dan  buku  nota  BLINK.  Setiap  pembelian  Pakej  Gwiyomi  pasti  akan  mendapat  satu  kotak  ekslusif  BLINK. Seronok  bukan?

2.  Pakej  HERO ( RM 30 )

 Di  dalam  Pakej  Hero  ini,  terdapat  satu  poster  gambar  Ezanil  Fitri,  seorang  penulis  novel  BLINK  dan  juga  dua  buah  buku  karya  beliau  yang  bertajuk  'Hero  vs  Pengemis  Gedik'  dan  'Hero  vs KL  Gangster'.  Semua  ini  telah  ditandatangani  oleh  beliau.  Seronok!

3.  Pakej  Impiana  1  (  RM 100 )

 Pakej  ini  merupakan  pakej  terbaru.  Di  dalam  Pakej  Impian  1  ini,  terdapat  empat  buah  novel  IMPIANA  yang  sangat  seronok  dibaca!  Selain  itu,  juga  diselitkan  3  button  badge  yang  sangat  menarik  dan  kotak  ekslusif  limited  edition  Ain  Maisarah  serta  buku  nota  BLINK!  Wah,  bestnya!

4.  Pakej  Impian  2  (  RM 85 )

 Pakej  ini  mengandungi  empat  buah  novel  IMPIANA  dan  juga  satu  kotak  eksklusif  BLINK.

5.  Pakej  Novel  Comel  (  RM 50 )

 Dalam  Pakej  Novel  Comel  ini,  terdapat  18  buah  novel  comel  karya  Ain  Maisarah.

6.  Pakej  Merchandise ( RM 50 )

 Tadaaa!  Untuk  peminat  fanatik  ataupun  BLINKERS,  anda  boleh  mendapatkan  Pakej  Merchandise  yang  mengandungi  dua  keping  poster  Ain  Maisarah  dan  Ezanil  Fitri,  4  button  badges,  satu  buku  nota  BLINK,  sebuah  kotak  eksklusif  BLINK,  empat  penanda  buku  BLINK!  Seronok!

 Terdapat  banyak  lagi  pakej-pakej  menarik  yang  sangat  menyeronokkan!  Untuk  keterangan  lebih  lanjut,  bolehlah  berkunjung  ke  laman  web  rasmi  'KEDAI  BLINK'.  Selamat  membaca!

Thursday 26 September 2013

:: Aku Yang Sesat Kini Bertaubat ::



Lirik  lagu  asal  :  Tegar - Aku  Yang  Dulu  Bukan  Yang  Sekarang

Lirik  lagu  versi  Islamik  :  Nursyafiqah Roslan - Aku  Yang  Sesat  Kini  Bertaubat

Aku  yang  dulu  bukanlah  yang  sekarang,
Dulu  ku  sesat  sekarang  ku  bertaubat,
Dulu  dulu  dulu  tak  ingat  akhirat,
Sekarang  taubat  sebelum  terlambat.

Cita-citaku  menjadi  ahli  Syurga,
Bertemu  Allah  SWT  dan  juga  Rasulullah,
Aamiin  aamiin  aamiin  ya  rabbal  al'aamiin,
Ya  Allah  ampunilah  dosaku.

Hidupku  dulunya  dalam  kegelapan,
Tak  tahu  mana  salah  dan  mana  benar,
Tetapi  Allah  SWT  kirim  seorang  insan,
Kembalikan  ku  ke  jalan  yang  benar.

Diriku  di  ajar  tuk'  mengenal  ISLAM,
Mengaji,  solat  dan  tunaikan  ibadat,
Berpuasa  sepanjang  bulan  ramadhan,
Hindari  hasutan  syaitan.

Aku  yang  dulu  bukanlah  yang  sekarang,
Alhamdulillah  terima  kasih  Allah  SWT,
Kini  ku  mengerti  erti  kehidupan,
La  Tahzan,  Allah  Maha  Berkuasa.



Monday 1 July 2013

:: Birthday Party Behind The Sea ::

Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  :)

Waaahhh. Sudah  hampir  dua  bulan  tidak  ada  sebarang  entri  di  blog  ini.  Sudah  seperti  'abandoned  blog' . Baiklah,  pada  23  Jun  2013  bersamaan  Ahad  yang  lalu,  saya  telah  menyambut  ulang  tahun  ke-16  saya  bertempat  di  Tanjung  Aru  Beach,  Kota  Kinabalu :)

Pelbagai  aktiviti  telah  dijalankan  termasuklah  cari  ikan  dalam  laut,  bina  rumah  menggunakan  pasir  halus,  musical  chair  dan  berenang  dari  satu  pulau  ke  satu  pulau.  Baiklah,  saya  bergurau  sahaja!  Hahahahaha xD

Berikut  merupakan  gambar  yang  sempat  di  snap  sepanjang  Majlis  tersebut :)  Tak  banyak,  sedikit  sahaja.  Tampaknya,  itu  sahaja  yang  dapat  saya  kongsikan  untuk  entri  kali  ini.  Semoga  berjumpa  lagi  pada  entri  yang  seterusnya!  Dan,  selamat  menyambut  bulan  Ramadhan  Al-Mubarak,  puasa  jangan  tak  puasa  :)  Sekian,  wassalam  ...








Thursday 25 April 2013

:: Istimewanya Sebuah Persahabatan ::

Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  :)

Wah,  hari  ini  merupakan  hari  ulang  tahun  ke-16  sahabat  dunia  dan  akhirat  saya  iaitu  Khasdie  Bin  Jamin.  Manakala,  kelmarin  pula  merupakan  hari  ulang  tahun  ke-16  sahabat  dunia  dan  akhirat  saya  iaitu  Ag  Ku  Muhammad  Izyan  a.k.a.  Adik  Zayn :D

Selamat  ulang  tahun  diucapkan  kepada  kedua-dua  ' birthday's  boy '. Semoga  sentiasa  berada  dalam  keadaan  sihat  wal'afiat  di  samping  keluarga  yang  tersayang.  Semoga  panjang  umur,  dimurahkan  rezeki  dan  berjaya  dengan  cemerlang  dalam  SPM  dan  berjaya  juga  di  Akhirat  kelak.  Semoga  ukhuwah  persahabatan  yang  terjalin  di  antara  kita  akan  terus  berkekalan  sehingga  ke  akhir  hayat.

HAPPY  BIRTHDAY !  May  Allah  SWT  bless  both  of  you  always :)


Ag  Ku  Muhammad  Izyan


Sebelum  saya  mengakhiri  entri  pada  hari  ini,  terimalah  sebuah  video  yang  dibuat  khas  untuk  Adik  Zayn  sempena  menyambut  hari  ulang  tahunnya  yang  ke-16.  Walaupun  pada  mulanya,  terdapat  sedikit  cabaran  untuk  menyiapkan  video  ini,  namun  Alhamdulillah,  akhirnya  video  ini  berjaya  juga  disiapkan.  Terima  kasih,  Ya  Allah,  terima  kasih  semua :)



" Sesungguhnya,  ukhuwah  yang  terjalin  dalam  persahabatan  ini  adalah  begitu  bermakna  dan  berharga sekali.  Tidak  ada  bandingannya  jika  diukur  dengan  harta  dan  wang  semata-mata.  Kerana,  keikhlasan  yang  lahir  dari  lubuk  hati  kita  adalah  yang  paling   beerti  daripada  segala-galanya.  Maka, hargailah  persahabatan  yang  telah  terjalin  ini.  Biar  jauh  di  mata,  asalkan  di  HATI  tidak  pernah  lupa. "

Saturday 13 April 2013

:: Pertandingan Bahas Ala Parlimen 2013 ::

Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  diucapkan  kepada  para  pembaca  sekalian.  Bertemu  kita  sekali  lagi  dalam  entri  yang  bertajuk  seperti  yang  tertera  di  atas.  Hahaha. Baiklah,  hari  ini  bersamaan  dengan  13  April  2013,  pasukan  pembahas  sekolah  kami  iaitu  :

AZWA  SAFIQAH  (  Perdana  Menteri / Ketua  Pembangkang )
NURSYAFIQAH (  Menteri  Kedua / Pembangkang  Kedua  )
DAYANA  (  Menteri  Ketiga  /  Pembangkang  Ketiga  )
NUR  NABILAH  (  Menteri  Keempat  )
IZZAH  AMIRAH  (  Menteri  Kelima  )

Telah  mewakili  sekolah  kami  iaitu  SM  Stella  Maris  dalam  pertandingan  Bahas  Ala  Parlimen  peringkat  daerah  yang  bertempat  di  SM  ST.  Peter,  Telipok.  Kami  tiba  di  sekolah  seawal  jam  6.20  pagi  dan  bertolak  dari  sekolah  pada  jam  6.50  pagi.  Setibanya  di  sana,  kami  terus  didaftarkan  dan  diberikan  cabutan  dan  alhamdulillah,  kami  mendapat  jawatan  sebagai  Kerajaan.


Kami  bertemu  dengan  pihak  lawan  dari  Maktab  Sabah  pada  pusingan  pertama  dan  telah  menang.  Berikut  merupakan  gambar  pihak  pembahas  kami  yang  diambil  bersama-sama  Tuan  Yang  Dipertua,  guru  Bahasa  Melayu  dari  SMK  Tombobon  dan  anak  kepada  Cikgu  kami  iaitu  Cikgu  Masranah.


Sementara  itu,  kami  bertemu  pula  dengan  pihak  lawan  dari  SM  All  Saints  pada  pusingan  kedua  dan  telah  tewas.  Arrgghh. HAHAHA. Namun  demikian,  kami  tetap  berpuas  hati  dengan  segala  usaha  yang  telah  kami  hasilkan.  In  Shaa  Allah,  tahun  hadapan  pasukan  pembahas  ini  akan  terus  mara  ke  hadapan  lagi  dengan  gagahnya!  Yeahh!  Sekian,  assalamualaikum :)