Wah, wah, wah! Sudah agak lama blog ini tidak di-update. Kasihan sungguh! Baiklah, disebabkan tahun ini sangat sudah memegang jawatan sebagai seorang 'CALON SPM 2014', maka secara rasminya, jadual harian saya menjadi sangat sibuk dan padat. Alhamdulillah, pada hari ini saya berkesempatan untuk menulis sesuatu di ruangan blog ini.
Baiklah, pada 10 sehingga 11 Mac 2014 yang lalu, saya telah mewakili sekolah SM Stella Maris bersama empat lagi rakan saya dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen 2014. Sebanyak lebih kurang 16 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Untuk pengetahuan semua, pertandingan ini diadakan bertempat di SM La Salle, Kota Kinabalu Sabah.
Berikut merupakan susunan Pembahas-pembahas dari sekolah SM Stella Maris :
PERDANA MENTERI : Azwa Safiqah Binti Darawati
MENTERI KEDUA : Nursyafiqah Binti Roslan (Saya)
MENTERI KETIGA : Dayana Binti Mohd Jad
MENTERI KEEMPAT : Nur Alizawati Binti Ali
MENTERI KELIMA : Nor Fadhilah Fathin Binti Mohd Atan
Keputusan :
PUSINGAN AWAL
SM STELLA MARIS vs MAKTAB SABAH
Pemenang : SM STELLA MARIS
Pembahas Terbaik : Azwa Safiqah Binti Darawati
PUSINGAN SUKU AKHIR
SM STELLA MARIS vs SMK TOBOBON
Pemenang : SM STELLA MARIS
Pembahas Terbaik : Nursyafiqah Binti Roslan
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
SM STELLA MARIS vs SMKA TUN AHMADSHAH
Pemenang : SMKA TUN AHMADSHAH
Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada dua orang guru pengiring dari SM Stella Maris yang telah banyak meluangkan masa untuk mendidik dan memberikan tunjuk ajar serta dorongan dan semangat kepada kami sepanjang kami mewakili sekolah untuk pertandingan pesta pantun tersebut. Terima kasih diucapkan kepada guru Bahasa Melayu kami iaitu Puan Masranah dan Puan Tay Hoi Chin. :)
Alhamdulillah, pada tahun ini, pasukan pembahas dari SM Stella Maris telah berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir sekaligus mendapat tempat ke-4 dalam pertandingan tersebut. Semoga tahun hadapan sekolah kami akan lebih maju dan bertambah cemerlang lagi. :)
TAHNIAH !!!
Pasukan Pembahas SM Stella Maris.
No comments:
Post a Comment