Tuesday 29 April 2014

:: Pertandingan Pesta Pantun 2014 ::

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh :)

Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat wal'afiat dan mendapat keredhaan Allah SWT. Baiklah, pada hari ini saya akan berkongsi pengalaman suka dan duka kami sewaktu mewakili sekolah untuk Pertandingan Pesta Pantun 2014. Pertandingan ini telah diadakan bertempat di SMK Agama Kota Kinabalu pada 15 sehingga 16 April 2014. Pelbagai kenangan telah berjaya kami coretkan dan sematkan dalam ingatan.

Untuk pengetahuan semua, sebanyak lima orang pemantun dari SM Stella Maris telah dihantar untuk mewakili sekolah dalam pertandingan tersebut. Berikut merupakan kedudukan pemantun :

PEMANTUN  PERTAMA   :  Nursyafiqah  Binti  Roslan  (Saya)
PEMANTUN  KEDUA        :  Debbie  Mellonie
PEMANTUN  KETIGA       :  Dayang  Asilah
PEMANTUN  KEEMPAT   :  Andrica  Jipis
PEMANTUN  KELIMA      :  Nurul  Atika  Azieha


Setelah hampir tujuh tahun SM Stella Maris tidak menghantar wakil untuk Pertandingan Pesta Pantun, pada tahun 2014 ini, sekolah telah menghantar sebanyak lima orang wakil untuk mengharumkan nama sekolah. Pada pusingan pertama, pasukan SM Stella Maris telah bertemu dengan pasukan lawan dari SMK Sanzac yang merupakan naib johon sebanyak dua tahun berturut-turut. Pasukan pemantun dari SM Stella Maris telah berusaha dengan gigih dan penuh bersemangat sekali. Kendatipun begitu, pihak sekolah telah tewas di tangan pemantun dari SMK Sanzac. Tidak ada apa yang perlu dikecewakan kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya :)

PUSINGAN  AWAL  :

SM  STELLA  MARIS  vs  SMK  SANZAC

Pemenang  :  SMK  SANZAC
Pemantun  Terbaik  :  Nursyafiqah  Binti  Roslan  dari  SM Stella Maris

Semoga pasukan pemantun dari SM Stella Maris akan terus melangkah ke hadapan dan berusaha dengan lebih gigih lagi pada tahun hadapan dan masa-masa yang akan datang. Semoga SM Stella Maris muncul sebagai sekolah yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik bahkan dari segi ko-kurikulum juga.

Setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada dua orang guru pengiring dari SM Stella Maris yang telah banyak meluangkan masa untuk mendidik dan memberikan tunjuk ajar serta dorongan dan semangat kepada kami sepanjang kami mewakili sekolah untuk pertandingan pesta pantun tersebut.  Terima kasih diucapkan kepada guru Bahasa Melayu kami iaitu Puan Masranah dan Cik Nurul Aini.  Semoga Allah SWT memberkati kalian berdua. :)

Pelbagai kenangan dan pengalaman yang telah berjaya kami semua timba sepanjang keberadaan kami di SMK Agama Kota Kinabalu. Kami mendapat banyak rakan baru yang sangat baik hati. Selain itu, kami juga berkesempatan untuk membuat lawatan ke seluruh kawasan sekolah tersebut. Sesungguhnya, pengalaman selama dua hari di SMK Agama Kota Kinabalu akan kekal tersemat di dalam sanubari dan ingatan kami. :)






TAHNIAH !!
Pasukan Pemantun SM Stella Maris.

1 comment:

  1. Saya pernah ke SMK AGAMA KOTA KINABALU. Pemandangannya sungguh indah bukan? Saya ke sana kerana mewakili pertandingan bercerita pantai barat dari Tuaran. Sememangnya amat sukar untuk melawan peserta-peserta dari KK.. Sungguhpun begitu, saya tidak kesal kerana saya sudah melakukan yang terbaik untuk sekolah dan Tuaran ^__^

    ReplyDelete