Wah, hari ini merupakan hari ulang tahun ke-16 sahabat dunia dan akhirat saya iaitu Khasdie Bin Jamin. Manakala, kelmarin pula merupakan hari ulang tahun ke-16 sahabat dunia dan akhirat saya iaitu Ag Ku Muhammad Izyan a.k.a. Adik Zayn :D
Selamat ulang tahun diucapkan kepada kedua-dua ' birthday's boy '. Semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat wal'afiat di samping keluarga yang tersayang. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan berjaya dengan cemerlang dalam SPM dan berjaya juga di Akhirat kelak. Semoga ukhuwah persahabatan yang terjalin di antara kita akan terus berkekalan sehingga ke akhir hayat.
HAPPY BIRTHDAY ! May Allah SWT bless both of you always :)
Ag Ku Muhammad Izyan
Sebelum saya mengakhiri entri pada hari ini, terimalah sebuah video yang dibuat khas untuk Adik Zayn sempena menyambut hari ulang tahunnya yang ke-16. Walaupun pada mulanya, terdapat sedikit cabaran untuk menyiapkan video ini, namun Alhamdulillah, akhirnya video ini berjaya juga disiapkan. Terima kasih, Ya Allah, terima kasih semua :)
" Sesungguhnya, ukhuwah yang terjalin dalam persahabatan ini adalah begitu bermakna dan berharga sekali. Tidak ada bandingannya jika diukur dengan harta dan wang semata-mata. Kerana, keikhlasan yang lahir dari lubuk hati kita adalah yang paling beerti daripada segala-galanya. Maka, hargailah persahabatan yang telah terjalin ini. Biar jauh di mata, asalkan di HATI tidak pernah lupa. "